Hukum Tarikan Yang Berkesan Pada Aku!!
Assalamualaikum…lama tidak dapat menjenguk blog kesayangan ni..sebelum Tahun Baru Cina hingga semalam sibuk menguruskan hal-hal keluarga. Alhamdulillah semuanya hampir selesai..Kali ini saya nak berkongsi pengalaman sebenar dengan ilmu-ilmu yang dah saya perolehi sepanjang beberapa bulan lalu..
Hukum Tarikan (LoA) menyatakan : “Setiap perkara yang kita fikirkan dan berikan tenaga dan fokus kepadanya akan tertarik dalam hidup kita”
Dalam erti kata lain – Kita adalah apa yang kita fikirkan. Hmm…itulah yang berlaku dalam hidup saya beberapa bulan yang lalu…sejak memperbetulkan cara saya berfikir banyak perubahan positif berlaku dalam hidup saya..di sini cuma saya nak kongsikan satu cerita benar yang berlaku sebelum Tahun Baru Cina tempohari.
Sebulan sebelum itu..saya yang masih bekerja ini memang memikirkan untuk mendapat bonus tahunan daripada majikan. Saya percaya semua pekerja-pekerja di luar sana memikirkan perkara yang sama. Cuma saya persoalannya saya tak tahu bila masanya majikan akan berikan dan yang paling penting berapakah jumlahnya.
Jadi melalui ilmu-ilmu yang sudah saya perolehi selama setahun lepas saya sangat teruja untuk mempraktikkanya. Tentulah..bila kita sudah berilmu tentunya kita disarankan untuk beramal pula. Ilmu yang bermanaafat sahaja tau!!..hehehe…So..saya pun berfikir-fikir untuk menetapkan berapakah jumlah bonus yang saya nak untuk kali ini dan bilakah pula masanya saya nakkan bonus itu…Majikan saya ni memang berkira sikit bila bab2 bagi bonus ni..(Sori Bos..hehehe)..Bila dah decide jumlah bonus dan masa yang saya nakkan saya pun mula membuat langkah-langkah berfikir dengan betul..Dengan penuh yakin saya hanya menunggu harinya sahaja…
Apa yang PALING saya ingin kongsikan dengan pembaca disini tentang diri saya…(Part 1)
Assalamualaikum kepada pembaca blog semua, terima kasih kerana sudi untuk menjenguk blog ini lagi..Perjalanan dalam blog ini masih jauh lagi..so sebelum kepada topik-topik yang saya nak kongsikan pada masa-masa akan datang saya nak sangat anda semua mengenali diri saya dengan lebih rapat lagi..nak kongsi satu pengalaman hidup saya yang tak mungkin anda pembaca disini lalui….saya pernah hidup di dua dunia yang berbeza..
Ok..Bismillahirahmannirrahim…kepada anda yang mungkin tak pernah kenal saya, satu perkara yang anda perlu tahu tentang saya adalah..saya ini seorang insan yang istimewa..saya berbeza upaya dengan anda semua yang sempurna fizikalnya…
Begini ceritanya….saya memang dilahirkan sempurna seperti insan lain..tapi sebagai manusia kita tidak boleh nafikan qada’ dan qadar Allah..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..saya salah seorang insan yang dipilih untuk diuji dalam dunia ini dengan ujian yang maha hebat..
Waktu umur saya 16 tahun ketika ditingkatan 4 satu peristiwa pahit yang tidak pernah terjangka oleh saya, keluarga, kengkawan mahupun masyarakat sekeliling.
Adakah Ia Sudah Penuh ?
Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog sekalian. Pada hari ini, saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik dengan anda semua. Cerita yang saya perolehi daripada koleksi-koleksi pembacaan saya.
Ok begini ceritanya….
Seorang profesor berdiri di hadapan sebuah kelas falsafah dengan sedikit perkakas bersama-sama dengannya. Apabila kelasnya bermula, profesor tersebut mengeluarkan sebuah balang kaca lalu meletakkan balang kaca tersebut di atas sebuah meja di hadapannya.
Kemudian, beliau mengeluarkan sekotak bola ping pong dan mula mengisi balang kaca tersebut sehingga penuh. Profesor itu pun berkata, “Adakah balang kaca ini penuh?” Semua pelajarnya pun menjawab, “Ya”.
Profesor tersebut pun tunduk ke bawah lalu mengeluarkan sebungkus guli. Beliau menaburkan guli-guli tersebut ke dalam balang kaca itu lalu menggoncang-goncang balang tersebut supaya guli-guli tersebut memenuhi ruang kosong pada balang kaca itu.
Sekali lagi beliau bertanya kepada pelajar-pelajarnya, “sudahkah balang ini penuh?” Pelajar-pelajarnya berfikir sejenak lalu menjawab, “Ya, ianya penuh.”
Profesor itu pun membuka begnya lalu menarik keluar sebungkus pasir. Dengan mahirnya, beliau memasukkan pasir tersebut untuk memenuhi ruang yang berlebihan di dalam balang kaca tersebut.
Ada beberapa pelajar yang sudah mula ketawa.
Keajaiban Azan
Salam semua,
Petang semalam selepas balik dari bengkel blogging aku merehatkan diri sebentar sebelum menunggu waktu maghrib. Terbayang-bayang kat minda apa yang aku akan kongsikan dalam blog aku ni untuk masa-masa akan datang . Sekali sekala tersenyum sorang-sorang.Hik hik. Ketika melihat gelagat anak kecil aku yang masih tengah sibuk bermain, mata dan telinga aku tertarik dengan satu iklan program TV9 yang akan disiarkan sebelah malam iaitu Halaqah. Topik Halaqah malam nanti ialah ‘Keajaiban Azan’ . Wah menarik! bisik hatiku.
Terima Kasih…Team Bengkel Blogging
Hari ini Ahad 7 Februari 2010..hari kedua aku berada dibengkel blogging. Ketika aku menulis entri ini aku masih lagi dalam sessi pembelajaran sebenarnya. Entri yang ditulis ini adalah latihan bengkel.





Kuala Lumpur Time